Selamat Tinggal Kawanku…

pada pertengahan tahun 2008..
Tanggal 14 Oktober 2009, selepas setahun lebih kawanku terlantar koma akibat perbuatan manusia yang macam babi ni, kawanku menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 8pg.
Aku sendiri terkejut mendengar khabar berita buruk ni. Tak sangkakan.. Kawan yang selama ni ada je karenahnya yang jenuh kitorang layan, akhirnya pergi juga.
Aku sangat sedih. Kawankan. Bukan senang nak cari ganti. Nak dapat kawan yang banyak karenah macam dia pun susah aku rasa.
Aku tengok muka arwah, sejuk je. Tenang je. Aku doakan semoga dia aman dan bahagia disana. Dan semoga Allah S.W.T. akan menghukum manusia yang perangai macam binatang tu seteruk-teruk hukuman.
Dengan ini, aku meminta sesiapa yang mengenali arwah, yang baca blog ni, dan kepada umat Islam, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Azrul Izzat Bin Zulkifli. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disamping orang-orang yang beriman..
Amin..

Any Comments?