Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Korang pernah tak terpikir macam mana kalau korang ada dua jenis website yang berbeza,
tapi korang nak user2 korang kat kedua-dua belah site tu sama?
Pernah tak korang fikir?

Benda ni jadi kat aku baru-baru ni.
Lepas aku launch kan portal dan forum group aku.
Lepas tu ada kawan aku tanya kat aku soalan macam ni.
So, aku pun terpikir jugak macam mana caranya dan cuba cari la solution nya.

Akhirnya, aku jumpa benda ni.
JFusion.
Plugin untuk memudahkan korang integrate/bridging site korang.
So, pada entry kali ini aku nak share ngan korang semua macam mana nak integrate kan Joomla ngan MyBB.
Sebenarnya korang boleh jugak nak integrate kan dengan benda lain.
Contohnya, Joomla ngan phpBB3, Joomla ngan SMF, Joomla ngan vBulletin.
Tapi aku just nak tunjukkan kali ni cara nak bridging Joomla ngan myBB.

So, langkah pertama, korang download dulu plugin yang bernama JFusion.
Download lah yang paling latest.

Lepas korang dah download, korang login ke Joomla administrator.
Pegi ke tab Extension, dan klik Install/Uninstall.
Kat tempat bertulis “Upload Package File”, korang klik “browse”, dan cari file JFusion yang korang download tadi(bentuk .zip file). Pastu korang klik “Upload File & Install”.


So, tunggulah kejap sementara dia upload kan file tu & install.
Lepas dah selesai sume tu, die akn keluar page macam ni (lebih kuranglah).


Korang pegi kat bahagian configure.
Edit configuration untuk myBB.



Description Biarkan default
Full URL to Software http://... (url mybb)
Full Path to Software /home/public_html/... (path ke mybb folder)
Cookie Domain .www.url_mybb... (yang korang letak masa install mybb)
Cookie Path /mybb*/ (*kat mana mybb di install)
Cookie Prefix Biarkan default (empty)

Database Type (ie mysql) mysql(biasanya)
Database Host localhost(biasanya)
Database Name nama database mybb tu
Database Username username database mybb tu
Database Password password database mybb tu
Table Prefix mybb_ (biasanya)
Database Charset (defaults to utf8) Biarkan default

Login Identifier Pilih macam mana user korang nak dikenal-pasti

Default Usergroup Registered(biasanya)
Usergroup for users awaiting activation Guest(biasanya)

Auto Update Activation Yes
Auto Update Bans Yes
Auto Update Email Yes
Create new user in this software for inactive users? Yes
Create new user in this software for blocked users? Yes

Lepas dah configure, korang save benda tu.
Lepas tu kita configure pulak Current Joomla Site(joomla_int).

Lepas dah configure kedua-duanya, kita kenalah enable kan plugin ni.
So, kita pilih kat master untuk joomla_int dan slave untuk mybb.
Dia akan jadi macam ni la.


Lepas korang dah configure benda alah ni,
Dan configuration tu ada masalah, dia akan bagitau kat bahagian atas sekali.

So, kalo configuration pun da betul, memang akan keluar 1 error mengatakan kat slave tu korang kena disable kan registration.

So, korang login ke mybb punya admin,
Pergi kat tab Configuration, Settings, User Registration and Profile Options.
Pastu tick kan Yes.


Lepas korang da disable kan registration kat mybb,
Barulah korang enable kan plugin JFusion ni.


Selepas korang dah enable plugin ni,
Korang synchronize la user-user korang.
Tapi sebelum korang start meng-synchronize-kan  table user korang,
Back-up la dulu ye sebelum apa-apa perkara yang korang ‘sangat suka’ berlaku.

Synchronization ni ada dua cara.
1. Import slave users ke master database
2. Synchronize kan master user database dengan slave databases.

Step 1 tu kalo korang da ada user sebelum ni kat mybb/slave db korang.
So korang pilih step 1 tu untuk import kan user dari slave ke master db.
Senang cite, korang run je la dua-dua step tu.
Baru balance sikit user korang untuk kedua-dua belah punya db.. :p

So, sampai sini je la tutorial aku ye.
Aku pun dapat benda ni masa dok cari kat Google.
Tapi yang itu cara dia lain.
Maybe sebab dia pakai JFusion version lama kot.
Tapi tak pa. Tak da apa-apa masalah pun.

Nak Tanya apa-apa, komen je la kat sini ye.

*Credit to ZoomCities! untuk tutorial ni.

By zam

6 thoughts on “Bridging Joomla with MyBB”
  1. oooo..mcm tu.. baru faham, ingat pindah db dgn guna phpadmin ke apa.. guna plugin je rupanya

  2. yup..
    pakai JFusion ni je..
    senang..
    tp hati2 ye..
    “Joomla secure kalo kite x gatal2 tgn sgt..” :p

Leave a Reply to z e r 0Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.