Category Archives: story

Delete file? Think again.

Pernahkah anda terfikir kenapa apabila kita delete file dari komputer secara kekal, terdapat software2 yang masih boleh recover file2 tersebut? apakah yang akan terjadi apabila kita delete file permanently (shift+del) atau kita empty kan file tersebut dari recycle bin? Sebenarnya, apabila kita delete file (shift+del) atau empty recycle bin, file2 tersebut masih lagi ada dalam komputer kita, cuma system akan padamkan maklumat2 fizikal tetang lokasi file dan registry itu di dalam HDD kita.. maksudnya ia akan menandakan bahawa file tu sudah di-delete tapi sebenarnya belum lagi.. (maknanya kita search file tu sudah tiada, tapi sistem sudah buang address file tu yang bermakna kita secara virtual x nampak file tu tapi sebenarnya masih ada)

kita sebenarnya x boleh delete file tersebut daripada Hard Disk kita, file2 tersebut akan di-delete semasa komputer kita hendak menggunakan free space dan akan menggantikan/overwrite dengan data yang baru (temp file, new file) dan data yang baru itu akan overwrite file2 yang secara fizikalnya belum di-delete di dalam HDD..

cara terbaik untuk hapuskan file2 tersebut dari HDD ialah overwrite random data (ataupun dipanggil random byte) di block itu supaya x ada lagi file tersebut , apabila overwrite file tu dengan random data/byte, data asal file tersebut akan di-delete dan akan digantikan dengan random data di bahagian tersebut..tapi secara fizikalnya, kamu memang x boleh nk delete data tersebut dengan hanya shift+del atau empty recycle bin..

dan itulah sebenarnya cara “software recovery” guna untuk cari kembali file2 yang sudah kita delete (delete secara virtual). Software itu akan mengimbas secara mendalam (deep scan) setiap block di dalam hard disk kita untuk mencari file2 yang sudah ditandakan oleh sistem sudah di-delete tapi sebenarnya belum lagi dan akan mengembalikan file2 yang sudah ditandakan delete itu kepada file asal..

sebagai contoh kita ambik salah satu Operating System iaitu Windows, sebenarnya Windows akan cuba mengelakkan dari overwrite block yang mengandungi file2 yang belum di-delete itu untuk dalam usaha untuk membantu “recovery software” untuk recover2 file tersebut sampailah Windows terdesak untuk menggunakan free space dan akan overwrite data2 lama itu dengan data2 yang baru.. jadi peluang untuk kita recover file2 yang tersilap delete (delete secara x sengaja) itu akan bertambah? ya.. 🙂 peluang untuk kita recover file2 itu masih ada jikalau file2 tersebut belum di-overwrite dengan data2 baru, jadi cara terbaik jika anda ter-delete file secara x sengaja, cepat2 lah recover file tu guna apa2 software2 yang boleh bantu kita untuk recover data tu sebelum di-overwrite dengan data2 baru.. dan jgn risau, banyak software2 yang freeware untuk kita gunakan dalam process recovery tersebut..

bagaimana untuk overwrite data2 yang kita delete tu dengan random data/byte untuk halang recovery software dari recover file itu? terdapat banyak software untuk delete file tu secara permanent ataupun lebih dikenali sebagai “file shredder” atau “secure delete” program, salah satu software yng ramai orng tau ialah “Eraser” (open source software) atau “CCleaner” yang akan overwrite data2 lama dengan data2 random byte menggunakan cara2 tertentu.. dan jgn risau kerana ada banyak software yang free untuk kita gunakan dalam process untuk padamkan file tu selama-lamanya..

Credit: akan diupdate semula bila dah jumpa owaner artikel.

Tentang Linux!

Haa.. Kat sini aku nak share sikit info pasal Linux ni..
Benda ni just simple info je pun.. Tak la susah kalo nak cari kat Google..
Apa-apa pun jom kita baca.. :

Sebelum nama Linux digunakan, Freax adalah nama yang ingin digunakan Linus. Tapi tak jadi. Dia guna nama Linux pulak.
Monolithic kernel merupakan arkitek kernel Linux yg di gunakan untuk membangunkan Linux ni.
Larry Ewing merupakan pencipta maskot Tux Linux tu. Yang lambang penguin tu..
Kernel 0.01 telah di tulis sebanyak 10,239 baris! Huh! Banyak tu..

Sekian je update untuk kali ni.. Saje je nak share info2 mcm ni..
Kot2 ade org nk ke info ni.. 🙂 Selamat membaca..

Sebab Kenapa Atlantis Di Tenggelamkan Oleh ALLAH

Entri kali ini saya nak share kan tentang bagaimana Atlantis ditenggelamkan..
Jadi, mari kita sama-sama baca artikel ini..

Bagaimana Atlantis tenggelam
Bangsa Atlantis yang lebih bijak dan lebih zalim daripada bangsa Yahudi, telah ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi dengan mengutuskan 2 daripada 8 orang malaikat yang memegang KursiNYa. Mengikut catatan Pluto, ia terjadi hanya satu hari satu malam sahaja. Bagi mengenal pasti bangsa tersebut Allah SWT mengutuskan Jibrail turun ke muka bumi menyamar sebagai seorang lelaki muda.
Setelah mendapat perintah daripada Allah SWT Jibrail pun berjumpa setiap bangsa yang ada di muka bumi ini dan setiap bangsa yang ditemuinya ia akan bertanya;
“Di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini”, semua bangsa yang ditemui gagal menjawab dengan betul sehinggalah ia tiba di Benua Atlantis
Ketika Di benua Atlantis, Ia berjumpa dengan sekumpulan budak- budak yang umurnya kira- kira 10 tahun yang sedang seronok mandi di Sungai (berkubang), dan Jibrail pun bertanya kepada salah seorang daripada mereka;

“Salam, Di negeri ini siapakah yang paling bijaksana sekali”
“Salam, Zanun” katanya.
“Boleh tak tunjukkan kepada saya di mana saya boleh berjumpa dengannya”
“Ada apa urusan saudara ingin berjumpa dengannya”
“Saya ingin bertanya kepadanya, di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini”
“Kalau setakat bertanya di mana malaikat Jibrail berada, tak perlulah bertanya kepada Zanun, seluruh penduduk Atlantik ini tahu, kat mana ia berada”,jawab budak tersebut..
“kalau begitu baiklah, saya bertanya kepada kamu, di mana malaikat Jibrail berada”
Lalu budak tersebut memandang ke arah langit dan berkata “Oh Malaikat Jibrail tiada di langit”, Ia memandang ke dalam air sungai yang mengalir,” Oh tiada malaikat Jibrail di dalam air dan seterusnya ia memandang tepat kepada pemuda di hadapan matanya,” Awaklah malaikat Jibrail yang menyamar sebagai lelaki muda”.

Setelah memberikan salam Jibrail pun naik ke langit untuk mempersembahkan penemuanNya kepada Allah SWT, Seterusnya Allah menenggelamkan benua Atlantik.

Kenapa orang Atlantis begitu pandai sekali?
Al-Quran punca segala ilmu dan kerana itulah asal segala penemuan adalah umat Islam, kerana itulah semenjak umat Islam lemah, tiada penemuan baru, sepatutnya kita telah boleh mendominasi cahaya dan graviti.
Sebagai contoh hukum cahaya yang disebut hukum Tafra ada lima setakat ini hanya hukum pertama sahaja yang kita tahu, bahawa cahaya bergerak lurus, tetapi bagi orang Atlantis mereka telah mengetahui sehingga hukum Tafra yang kedua menyebabkan mereka mempunyai pandangan istimewa sehingga menembusi langit kedua.
Bagi mereka yang mengetahui kelima-lima hukum ini mereka boleh menghablur dan menjelma semula selagi cahaya matahari sampai.

Sahabat Nabi Sulaiman, Al-Qundi memindah Istana Balqis menggunakan kaedah ini tetapi beliau mendapat ilmu ini ketika Mizan Tuhan (semua planet tersusun lurus pada satu garisan), ketika ini tuhan akan membuka 1 atau 2 rahsianya.
Ada juga beberapa orang wali Allah mendapat ilmu ini daripada Al-Quran, rasanya Ibnu Arabbi salah seorang daripadanya, katanya.
Waallahualam.

Saya sangat teruja apabila membaca artikel ini yang diberikan oleh seorang kawan saya ketika dibangku sekolah dulu..
Ini sekadar bahan bacaan dan untuk renungan kita bersama..
Untuk sesiapa yang ada pendapat yang ingin diberikan, komenah artikel ini..
Mari kita berkongsi ilmu bersama-sama.. 🙂

kredit untuk Faiz sebab sudi share kan artikel ni dengan saya..

Remote Administrator Tools a.k.a. RAT

RAT ni mungkin ade yang baru tau,
dan ade jugak yang da lama tau pasal tool ni (org lama/otai)..
So, kat sini aku listkan beberapa tool favourite aku.. 😀

1. Cybergate
p/s: klik kat gambo tu klu nk beso kn..

Dihasilkan oleh Cyber-Sec, ini merupakan tool yang aku suka guna..
Ramai hackers guna tools ni..
Tapi pengeluarannya dah terhad..

Sampai version 1.03.0-Public Version je kot..
Lepas ni klu nak version yang latest, kene beli.. 🙁

Tapi anda masih boleh lagi dapatkan tool ni untuk version yang lama..

2. Spy-Net
p/s: klik kat gambo tu klu nk beso kn..

Ni pun antara tool RAT yang hebat jugak..
Dengan fungsi nya yang best, iaitu USB Spreader, anda boleh sebarkan ‘tikus’ tanpa susah2.. 😀
USB Spreader ni bermaksud, bila ada 1 PC yang da terkene ‘tikus’ anda tu dicucuk pendrive, pendrive tu la yang akan sebarkan ‘tikus’ anda tu secara automatik..
x payah susah2 nk tunggu orang donlod ‘tikus’ anda.. 🙂
Best kn?

Tapi tool ni da di berhentikn production nye atas sebab yang x di ketahui..
Last version yang di keluar kn, version 2.7..
Anda boleh dapatkan nye kat sini; Spy-Net

Ade lagi sebenar nye tool RAT ni..
Antaranya:
Cerberus
– Dark-Comet
– Apocalypse
Turkojan
Deeper

Link aku x mo bg sebab nnt korang cakap aku da letak ‘tikus’ dlm tu.. 😀
Jadi, pandai2 la google sendiri untuk maklumat lanjut & link utk donlod eh.. 🙂

p/s : ni dikategorikan sebagai hacking tool. So sudi2 kan la mati kan AV korg tu eh kalau nk gune..

Kenapa Penggodam Beretika Diperlukan?

MENDAPATKAN khidmat seorang penggodam beretika sama seperti mendapatkan perkhidmatan seorang pengawal keselamatan ataupun pengawal peribadi. Matlamatnya sama seperti melindungi diri dan mengawal selia kepentingan peribadi kita.

Sungguhpun tiada mana-mana tindakan yang boleh dianggap sempurna, kehadiran pengawal keselamatan/pengawal peribadi mampu menghalang atau mengelakkan keselamatan diri kita daripada terancam.

Apakah kegiatan Penggodam Beretika


Kebanyakan syarikat memang mempunyai dasar sekuriti komputer. Dasar ini bertujuan mengelakkan pencerobohan ke dalam rangkaian komputer. Soalan yang sering dikemukakan oleh penggodam beretika ialah:

“Bukankah cara terbaik untuk menilai keberkesanan dasar-dasar berkenaan adalah dengan mengadakan suatu ‘pencerobohan’ oleh orang yang dipercayai?”

Bagaimana?

Penggodam beretika yang turut dikenali sebagai juruaudit menjalankan ˜pencerobohan” (dipersetujui pelanggan) dengan menggunakan teknik digunakan oleh penggodam sebenar. Yang berbeza adalah keadaan sistem yang tidak diganggu ketika penilaian mahupun audit oleh penggodam beretika ini.

Sebagai penggodam beretika, mereka akan menilai sekuriti dan sistem sesebuah syarikat dengan tujuan mendapatkan maklumat berkenaan perkara berikut:

# Apakah yang dapat dilihat oleh penceroboh dalam sistem sasarannya?

# Apakah yang dapat dilakukan oleh penceroboh dengan maklumat berkenaan?

# Adakah sesiapa yang dapat mengesan penceroboh itu serta kejayaannya?

# Apakah yang cuba anda lindungi?

# Siapakah ‘musuh’ yang ingin anda elakkan?

# Apakah jumlah masa, usaha dan wang yang sanggup anda belanjakan untuk mendapatkan perlindungan yang memadai?

Selepas menjalankan penilaian ini, penggodam beretika akan menyediakan satu laporan audit untuk pelanggan. Antara kandungan laporan ini ialah penilaian jitu berkenaan risiko (kos yang bakal dialami) dan senarai cadangan yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkat sekuriti rangkaian berkenaan. Kos pelaksanaan cadangan itu juga dinilai.

dipetik dari laman : http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=42

Selamat Tinggal Kawanku…

pada pertengahan tahun 2008..
Tanggal 14 Oktober 2009, selepas setahun lebih kawanku terlantar koma akibat perbuatan manusia yang macam babi ni, kawanku menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 8pg.
Aku sendiri terkejut mendengar khabar berita buruk ni. Tak sangkakan.. Kawan yang selama ni ada je karenahnya yang jenuh kitorang layan, akhirnya pergi juga.
Aku sangat sedih. Kawankan. Bukan senang nak cari ganti. Nak dapat kawan yang banyak karenah macam dia pun susah aku rasa.
Aku tengok muka arwah, sejuk je. Tenang je. Aku doakan semoga dia aman dan bahagia disana. Dan semoga Allah S.W.T. akan menghukum manusia yang perangai macam binatang tu seteruk-teruk hukuman.
Dengan ini, aku meminta sesiapa yang mengenali arwah, yang baca blog ni, dan kepada umat Islam, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Azrul Izzat Bin Zulkifli. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disamping orang-orang yang beriman..
Amin..