Tag Archives: mylife

Happy New Year!

Assalamualaikum & Good day..

Hope you enjoying your New Year Eve celebration. Doesn’t matter how you celebrating it, but I hope this year may be the better one like last year. 🙂

So, talking about new wish, new hope or in Malay, “azam tahun baru“, I do set several target or achievement this year.

  1. Wish to have new bike. Replacing my old bike. Kinda sad when look at it tough it have served to me for almost 6 years. 🙁
  2. Wish all my work at new company will go smooth & well. 🙂
  3. Wish to be a better & nice person. :p
  4. Wish my family matter will solved with peace….
  5. And last, but the most important wish, try to be a better person to Allah. Try to spend time for pray & doa.

Talking about new bike, hmm.. I kinda interest in Kawasaki ER-6N. Naked bike. Seems cool to me. I like the design. Plus I want more faster bike for me to travel from home to work place because the road always jams all the way to work. So the use of bike is more preferable rather than a car. (except when rain lah!)

So, talking about my new work place, never cross in my mind that I will come back to this company after I finished my internship. Kinda traveling back time when those day where bad. Haha. Just kidding.

So, I think I will start traveling after this. (wohoo!). But dont know when. Hehe. Also I will get more busier than previous. Start doing my R&D in defensive like R&D for network security monitoring, IDS, IPS, cyberdrill, CERT assessment, digital forensic & many3 other things will come. So I hope I will get it done.

So I hope all this wishes can be achieved. See you soon. 🙂

*Credit to euronews.com for the picture.

Sebab Kenapa Atlantis Di Tenggelamkan Oleh ALLAH

Entri kali ini saya nak share kan tentang bagaimana Atlantis ditenggelamkan..
Jadi, mari kita sama-sama baca artikel ini..

Bagaimana Atlantis tenggelam
Bangsa Atlantis yang lebih bijak dan lebih zalim daripada bangsa Yahudi, telah ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi dengan mengutuskan 2 daripada 8 orang malaikat yang memegang KursiNYa. Mengikut catatan Pluto, ia terjadi hanya satu hari satu malam sahaja. Bagi mengenal pasti bangsa tersebut Allah SWT mengutuskan Jibrail turun ke muka bumi menyamar sebagai seorang lelaki muda.
Setelah mendapat perintah daripada Allah SWT Jibrail pun berjumpa setiap bangsa yang ada di muka bumi ini dan setiap bangsa yang ditemuinya ia akan bertanya;
“Di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini”, semua bangsa yang ditemui gagal menjawab dengan betul sehinggalah ia tiba di Benua Atlantis
Ketika Di benua Atlantis, Ia berjumpa dengan sekumpulan budak- budak yang umurnya kira- kira 10 tahun yang sedang seronok mandi di Sungai (berkubang), dan Jibrail pun bertanya kepada salah seorang daripada mereka;

“Salam, Di negeri ini siapakah yang paling bijaksana sekali”
“Salam, Zanun” katanya.
“Boleh tak tunjukkan kepada saya di mana saya boleh berjumpa dengannya”
“Ada apa urusan saudara ingin berjumpa dengannya”
“Saya ingin bertanya kepadanya, di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini”
“Kalau setakat bertanya di mana malaikat Jibrail berada, tak perlulah bertanya kepada Zanun, seluruh penduduk Atlantik ini tahu, kat mana ia berada”,jawab budak tersebut..
“kalau begitu baiklah, saya bertanya kepada kamu, di mana malaikat Jibrail berada”
Lalu budak tersebut memandang ke arah langit dan berkata “Oh Malaikat Jibrail tiada di langit”, Ia memandang ke dalam air sungai yang mengalir,” Oh tiada malaikat Jibrail di dalam air dan seterusnya ia memandang tepat kepada pemuda di hadapan matanya,” Awaklah malaikat Jibrail yang menyamar sebagai lelaki muda”.

Setelah memberikan salam Jibrail pun naik ke langit untuk mempersembahkan penemuanNya kepada Allah SWT, Seterusnya Allah menenggelamkan benua Atlantik.

Kenapa orang Atlantis begitu pandai sekali?
Al-Quran punca segala ilmu dan kerana itulah asal segala penemuan adalah umat Islam, kerana itulah semenjak umat Islam lemah, tiada penemuan baru, sepatutnya kita telah boleh mendominasi cahaya dan graviti.
Sebagai contoh hukum cahaya yang disebut hukum Tafra ada lima setakat ini hanya hukum pertama sahaja yang kita tahu, bahawa cahaya bergerak lurus, tetapi bagi orang Atlantis mereka telah mengetahui sehingga hukum Tafra yang kedua menyebabkan mereka mempunyai pandangan istimewa sehingga menembusi langit kedua.
Bagi mereka yang mengetahui kelima-lima hukum ini mereka boleh menghablur dan menjelma semula selagi cahaya matahari sampai.

Sahabat Nabi Sulaiman, Al-Qundi memindah Istana Balqis menggunakan kaedah ini tetapi beliau mendapat ilmu ini ketika Mizan Tuhan (semua planet tersusun lurus pada satu garisan), ketika ini tuhan akan membuka 1 atau 2 rahsianya.
Ada juga beberapa orang wali Allah mendapat ilmu ini daripada Al-Quran, rasanya Ibnu Arabbi salah seorang daripadanya, katanya.
Waallahualam.

Saya sangat teruja apabila membaca artikel ini yang diberikan oleh seorang kawan saya ketika dibangku sekolah dulu..
Ini sekadar bahan bacaan dan untuk renungan kita bersama..
Untuk sesiapa yang ada pendapat yang ingin diberikan, komenah artikel ini..
Mari kita berkongsi ilmu bersama-sama.. 🙂

kredit untuk Faiz sebab sudi share kan artikel ni dengan saya..

Selamat Tinggal Kawanku…

pada pertengahan tahun 2008..
Tanggal 14 Oktober 2009, selepas setahun lebih kawanku terlantar koma akibat perbuatan manusia yang macam babi ni, kawanku menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 8pg.
Aku sendiri terkejut mendengar khabar berita buruk ni. Tak sangkakan.. Kawan yang selama ni ada je karenahnya yang jenuh kitorang layan, akhirnya pergi juga.
Aku sangat sedih. Kawankan. Bukan senang nak cari ganti. Nak dapat kawan yang banyak karenah macam dia pun susah aku rasa.
Aku tengok muka arwah, sejuk je. Tenang je. Aku doakan semoga dia aman dan bahagia disana. Dan semoga Allah S.W.T. akan menghukum manusia yang perangai macam binatang tu seteruk-teruk hukuman.
Dengan ini, aku meminta sesiapa yang mengenali arwah, yang baca blog ni, dan kepada umat Islam, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Azrul Izzat Bin Zulkifli. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disamping orang-orang yang beriman..
Amin..